Apa kesan jika si wanita atau lelaki menunjukkan sikap dan karakter sebenar pada pertemuan pertama? Mungkin bimbang atau tidak yakin, bimbang tidak diterima, tidak mampu `menawan' hati pada janji temu pertama, masingmasing terpaksa bersikap `plastik' dan menjadi `orang lain' bagi menyembunyikan perangai sebenar walaupun hakikatnya, perangai sebenar itu selalunya lebih menawan.
Pertemuan pertama sebelum menjalin hubungan istimewa selalunya lebih manis. Baik lelaki mahu pun wanita masing-masing biasanya akan menunjukkan sikap `pura-pura', bukan berniat untuk menipu atau menyembunyikan kebenaran tetapi bagi menjaga tingkah laku, tertib, budi bahasa, sopan dan paling utama, penampilan.
Kalau menunjukkan sikap sebenar mungkin janji pertama akhirnya menjadi janji temu terakhir. Tidak mustahil, terutama wanita akan berusaha untuk tampil anggun dan bergaya dengan pakaiannya, selain ditambah solekan wajah.
Ketika di meja makan pula, ada yang makan terlalu perlahan supaya tidak dikatakan gelojoh. Cara berjalan pula, kalau boleh nak ikut cara Miss Universe berjalan, cara bercakap juga ala-ala penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang manis berbicara, nampak sopan serta lemah lembut.
Lelaki pula, berlagak seakan gentleman, macho pada pertemuan pertama. Sanggup bukakan pintu kereta dan menarik kerusi untuk si wanita sebelum duduk di meja makan malah menghadiahkan jambangan bunga. Tetapi, apabila sudah lama kenal dan menjadi teman istimewa, tidak ramai yang mengekalkan sikap lelaki budiman ini.
Sila buka pintu sendiri, nak makan, tariklah kerusi sendiri, jauh sekali menghadiahkan bunga. Berbahasa pun tiada lagi keluar ayat berbunga.
Mungkin ramai yang bersikap begini pada pertemuan pertama kerana tidak mahu memberi tanggapan buruk kepada orang yang ditemui. Namun, sikap `plastik' ini tidak boleh diteruskan atau ia akan membawa padah menjadi padah kepada diri sendiri, pasangan dan pastinya, hubungan.
Ada yang beranggapan, tidak perlu terlalu mengawal sehingga bersikap `plastik' walaupun pada pertemuan pertama. Lebih baik menjadi diri sendiri dan biarkan kenalan baru mengenali kita yang sebenar-benarnya serta menerima kita seadanya.
Tidak salah jika kita menampilkan karakter sebenar tanpa berpurapura. Namun, masingmasing ada cara dan alasan tersendiri. Rata-rata mereka yang berpengalaman dalam janji temu pertama mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak menunjukkan karakter sebenar. Lumrah janji temu pertama, sudah tentu kita mahukan kenalan menerima kita pada pandangan pertama.
Wanita... sila jauhi...
Lelaki yang inginkan temannya mirip bekas kekasih
Melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki mengambil tindakan mencari teman baru. Mereka juga cenderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan bekas kekasih lama. Sebaiknya siasat dulu adakah dia sudah benar-benar melupakan bekas kekasihnya itu atau sebaliknya.
Lelaki yang sering `menghilang'
Lelaki seperti ini sering menghilangkan diri dengan alasan terpaksa menyempurnakan tugas penting di pejabat atau membatalkan temu janji anda bersamanya secara tiba-tiba. Bagi yang berpacaran dengan jejaka ini, sebaiknya berhati-hati kerana mereka mungkin memiliki pacar atau sudah beristeri.
Lelaki yang terlihat terlalu sempurna
Lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki seperti ini biasanya berkereta mewah dan mempunyai penampilan menarik seperti orang kaya. Bagi wanita di luar sana, jangan terburu-buru menghampiri lelaki seperti ini. Bukan apa, bimbang lelaki seperti ini berselindung di sebalik imej kerana mempunyai niat buruk di sebaliknya.
Lelaki yang tidak beretika
Lelaki jenis ini sering mengajak teman wanitanya bertemu di lokasi yang berhampiran dengan rumahnya. Sudahlah begitu, teman wanitanya itu juga disuruh supaya datang sendiri dengan teksi. Jika ini terjadi, putuskan segera hubungan anda dengannya. Tiada gunanya anda berpacaran dengan lelaki seperti ini kerana selain tidak bertanggungjawab, dia juga mungkin mempergunakan teman wanitanya sendiri demi kepentingan dirinya suatu hari nanti.
Lelaki yang tangannya ramah!
Baru beberapa kali bertemu, si dia sudah berani menyentuh tubuh teman wanitanya. Apabila ditegur, dia berlagak selamba sambil memberi pelbagai alasan yang tidak mampu diterima akal. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan saja niat untuk terus berkawan dengannya. First Date: Elak Sikap Plastik!
2 Komen:
tidak perlu utk menjadi org lain...kerana diri kita telah dijadikan sempurna dan cantik oleh ALLAH...
Proud of yourself
jadi diri sendiri,,,,bererti kita jujur kapada diri sendiri....manusia tiada yg sempurna.........ikhlas...