Panduan mengatasi sikap Malas


Share on Tumblr Masalah malas ini adalah masalah dalam diri sendiri. Tiada orang lain yang boleh menolong kecuali diri kita sendiri. Cuba fikirkan kembali punca kenapa kita jadi malas?

Adakah kita malas belajar, malas mandi atau malas semuanya. Kita perlu berjumpa doktor, adakah sikap ini ada kaitannya dengan faktor kesihatan ataupun kemurungan. Kemungkinan juga kita tengah dilamun cinta tanpa balasan.

Penyakit malas

Setiap manusia yang hidup di dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi. Kita juga perlu berubah daripada bersikap malas kepada rajin. Cermin diri dan masa depan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-apa pada diri sendiri.

Orang yang tidak mahu berubah ibarat orang yang sudah mati yang tidak boleh berbuat apa-apa. Oleh itu, dinasihatkan supaya;

* Tarik nafas

* Fikir masa depan yang indah-indah

* Berfikir positif

* Sayangi diri sendiri

* Fikir orang yang kita sayang

* Lihat orang yang lain yang sudah berjaya

* Sayangi ibu bapa

* Lihat kawan-kawan yang berjaya

* Muhasabah diri

* Bersyukur kerana dilahirkan

* Bangkitkan motivasi diri

* Berdoa

* Buangkan sikap negatif dan malas

* Jumpa orang yang dipercayai atau kaunselor untuk berbincang.

Akhir sekali, jangan biarkan diri dilanda kemurungan dan rasa rendah diri sehinggakan dunia ini tiada gunanya. Tentu ada rahmatnya kita diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Hadapi kehidupan ini dengan penuh syukur dan buat apa yang disuruh secara rutin tanpa banyak persoalan demi kesempatan hidup yang diberi oleh Tuhan di muka bumi ini.

Oleh Puan Hafsah Abdul Hamid Panduan mengatasi sikap Malas

7 Komen:

Zairi Faiezil berkata...

Salam..

Thanks kerana kongsikan artikel berkaitan dgn sifat malas kerana ia merupakan 1 penyakit yang susah utk diubati, Moga para pelawat yang melawati blog nie dapat iktibar daripada perkongsian ini..

Tq

Tanpa Nama berkata...

tq tok artikel nie...saya yakin ia sggoh membntu...keep it up~!!! didoakan agar lbih berjaya dalam apa jua bidg yang ingin dceburi...

Tanpa Nama berkata...

tq di ats tip2 yg d brikn... sya mrupkn s'org manusia yg mlas dlm mlakukn s'suatu krja... smpai sya rasa yg diri sya ni x lyk brada di muka bumi ni.. tq skali lg di ats tip yg d brikn...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dengan artikel..sdikit sbnyk bntu saya yg pmlas ni.

Leenabecks berkata...

Dulu saya rajin skg sa jadi malas

Leenabecks berkata...

Dulu saya rajin skg sa jadi malas

Tanpa Nama berkata...

masa nk buka buku / homework punya la berat smpai tebaring atas katil. last minute bru bleh buka buku...slalu mcmtu uhuhuk. semangat dari rakan-rakan yang membina penting dalam kehidupan ni

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.