Cerpen: Takdir Kita


Share on Tumblr
AKU MENGETAP BIBIRKU. Rasa sakit tersebut tidak dapat menandingi rasa sakit hati yang menular di dalam hatiku ini. Saat kehilangan Amir masih berbekam di hatiku. Kini aku diduga lagi dengan cubaanNYA.

“Astaghfrullah’alazim, Ira.” Nurin segera mendapatkanku. Dia menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan lalu dihulurkan kepadaku. “Lap bibir kau tu, Ira.” Melihatku yang masih terkaku Nurin mengelap titisan darah yang mengalir turun daripada bibirku. “Stop it already, Ira. Don’t torture yourself anymore.”

Cerpen Cinta

Airmata yangku tahan selama ini tidak dapatku bendung lagi. “Rin, kenapalah aku ni malang sangat? Aku kena mandi bunga kot supaya semua bala aku ni hilang.” Aku cuba untuk mengukir sekuntum senyuman mahupun ia amat perit sekali. “Kenapa dia sanggup buat aku macam ini, Rin? Kenapa? Am I not worth anything to him?” Buat sekalian kalinya aku menangis teresak-esak hanya disebabkan seorang lelaki.
Nurin menghembus nafas panjang, juga bakal menitiskan airmatanya. “Sekarang ini engkau harus lupakan dia. I want for now on there’s no more that’s man’s name in your life dictionary. Okay?” Nurin memeluk bahuku yang terhenjut-henjut. Barangkali, dia juga sedih sepertiku. Masakan tidak, kami berdua sudah mengenali lelaki itu lama. Kini dia meninggalkanku demi wanita lain.

AKU BEKERJA sambilan untuk menampung perbelanjaan pembelajaranku di UKM sebagai seorang pelayan pelanggan ketika aku bertemu Amir Hamzah, kekasih pertamaku. Dia merupakan seorang yang lucu dan di dalam masa yang sama amat bersikap protective. Sikap itulah yang telah menawan hatiku untuk belajar mencintainya. Aku sangka Amir merupakan satu-satunya lelaki yana aku bakal cintai namun begitu perancangan manusia tidak akan dapat mengalahkan ketentuan yang Maha Esa.

Hubungan aku dan Amir semakin serius ketika umur kedua-dua kami menginjak 24 tahun. Hari demi hari kami menanti tarikh kami akan diijabkabulkan. Amir berasal dari Alor Setar manakala aku daripada Alor Gajah. Pelikkan? Aku pernah mengutarakannya kepada Amir sebelum ini tetapi tidak dapat meraih apa-apa reaksi daripadanya. Ketika beberapa hari sebelum kami bakal menikah, Amir menghubungiku dengan pesanan terakhirnya. Aku sememangnya amat bengap ketika itu untuk menyedari apa-apa. Kini barulahku faham.

“Khaira..” Suaranya mendesah pada malam itu. Aku semakin mamai pada belaian suaranya. “Esok Amir akan ke Bukit Fraser, sayang.”

Aku tersenyum bahagia apabila Amir memanggilku sayang. “Pandu kereta tu betul-betul. Jangan asyik berangankan Ira sahaja.” Usikku. Aku memang sudah terbiasa dengan cara pemanduan Amir yang sebijik seperti pelesit. Tidak pernah serik walaupun sudah dua kali mengalami kemalangan. Nasib baik hanya kemalangan kecil.

“Amir rindukan Iralah. Boleh sayang teman Amir tidur malam ni? Mir takut nanti Mir tidak dapat dengar suara Ira lagi lepas ini.” Suara itu bagaikan mendayu-dayu di telingaku. Hatiku diruntun simpati kepadanya. Tak apalah, esokkan dia sudah bertolak ke Pahang.

“Okey.” Balasku. “Mir sudah makan ke belum?” Aku memulakan perbualan. Sebetulnya aku benci dengan keadaan kekok apabila dua-dua pihak tidak mengeluarkan suara ketika bercakap di telefon. Bak kata Cikgu Noriah, guru Sejarahku, macam tanah perkuburan. Hehe.

“Kenapa Ira tanya? Nak temankan abang makan sekali ke?” Ujarnya. Barangkali mengusikku.

Abang? Mimpi apa tunang dan bakal merangkap suami aku ni? “Abang?” Aku sendiri tertanya-tanya. “Kenapa Mir gelar diri Amir macam tu?” Ini lain macam sahaja.

“Tak boleh ke?” Suaranya bertukar keras. “Mir tahu yang kita ini sama umur tetapi bila Mir sudah jadi suami Ira, Mir tak mahu Ira panggil Mir dengan nama Mir. Mir mahu Ira panggil Mir sebagai abang. Ira faham maksud abang?” Tanyanya.

Aku mengangguk kecil. Macamlah Amir mampu melihatnya ketika itu. Kenapa dengan Amir ni? Tiba-tiba sahaja bersikap begini. Dia datang bulan macam aku juga ke? Ish aku ni.

“Abang tak makan lagi.” Suaranya kembali mengendur. “Abang rindukan Iralah. Abang tak sabar nak tunggu bila kita disatukan. I miss you like crazy, do you know that?” Suaranya bagaikan memujuk hati aku yang agak terusik dengan kata-katanya. Tiba-tiba suasana sunyi muncul di antara kami. Yang hanyaku dengar ialah desahan nafas yang dimiliki oleh jejaka Kedah itu. “Ira..” Dia bersuara lembut.

“Ya bang.” Terdorong aku untuk memanggilnya abang juga. Apa salahnya? Diakan bakal suamiku. Aku terdengar bunyi ketawa kecil daripada corong telefon itu. Rasa bahagia meresap ke jiwaku. Rindunya aku kepada dia dia juga. Bilalah kami boleh bertemu semula. Aku bagai nak gila bila memikirkan lelaki itu mahu ke Pahang keesokkan harinya. Tetapi apakan daya, di antara kami belum ada sebarang pertalian hubungan. Nanti bila dia sudah sah menjadi suamiku, akanku ikutnya ke mana-mana. Itulah janjiku.

“Abang tak lapar lagi. Abang rasa sangat kenyang pula hari ini. Mungkin sebab...” Ayatnya tiba-tiba tergantung. “Abang dapat dengar suara lunak Ira tu.”

Aku tersenyum lebar. “Abang ni. Sedap sangat ke suara Ira ni? Rasa-rasa boleh masuk Akademi Fantasia tak?” Gurauku. Aku agak terkedu apabila Amir mengambil kata-kataku dengan serius.

“Buat apa Ira nak masuk AF tu. Tak ada faedah pun. Ira kena ingat tempat seorang isteri itu disisi suaminya. Abang tidak akan benarkan Ira untuk menjadi seorang penyanyi. Ira faham tu?” Suaranya berubah menjadi kasar semula. Takkanlah dia tak dapat bezakan aku yang sedang bergurau ni.

“Abang!” Aku dapat merasakan dia sudah melampau. Ini hanya hal kecil sahaja kenapa perlu diperbesarkan lagi.

“No! Listen to me first. I’m not joking here, dear. I’m deadly serious.” Suara itu seperti mengugutku. Apa lagi aku segera hang up telefonku.

Aku tidur malam itu bertemankan kekeliruan. Apa yang tak kena dengan Amir ni. Selalunya dia tak macam ni. Aku ada buat salah kat dia ke? Kitakan nak kahwin tak lama lagi. Tinggal lima hari lagi. Jelaskanlah kat aku kalau aku ada buat kesalahan pada dia. Ini tak, sindir-sindir dan marah-marah mana boleh selesaikan masalah. Aku menghempaskan tubuhku di atas katil sambil ditemani airmata yang tidak berhenti mengalir. Amir...

Aku sememangnya bodoh ketika itu. Kenapa aku boleh tidak mengesyaki apa-apa. Aku terlalu di bayangi rasa cinta yang membara pada usia muda begitu. Rasa cinta itu hanya seketika. Rasa bahagia itu hanya sementara. Tetapi Amir pergi buat selama-lamanya.

Pagi tersebut aku dikejutkan dengan satu pesanan teksnya.

Ira, maafkan abang.

Ya ALLAH. Apa yang telah aku lakukan padanya? Abang, maafkanlah Ira. Ira tak tahu apa yang telah Ira lakukan pada abang tapi Ira menyesal kerana menutup telefon Ira malam tadi. Ira tahu abang mesti rasa bersalah juga. Maafkan Ira, bang.
“CIK KHAIRA ANNISA,” panggil seorang wanita yang sarat mengandung tetapi tetap berpakaian sofistikated. Aku dapat mengagak bahawa masa bersalinnya hampir tiba. Mungkin itulah Puan Afiqah yang perluku ganti selama tiga bulan.

Aku bangkit daripada tempat dudukku. Aku memperbetulkan tudung hijau muda yangku pakai bersesuaian dengan blaus putih dan seluar putih keperangan. Aku mahu kelihatan menarik hari ini. Kata Nurin aku perlu bangun dari mimpi gelapku. Sekarang ini ialah realiti. Dan realitinya aku sudah terlampau lama menjadi penganggur terhormat dan memerlukan pekerjaan baru. Pekerjaan ini walaupun hanya sementara tetapi bergaji lumayan. Nasib baik Nurin mengenali Puan Afiqah dan akhirnya aku ditawarkan pekerjaan ini. Untung sabut timbul untung batu tenggelam, bak pepatah lama.

“Cik Khaira Annisa?” soalnya kepadaku, seperti meminta kepastian.

Aku mengukir segaris senyuman untuknya. “Ya. Puan ni Puan Afiqah?”
Wanita itu tersenyum kelegaan. “Panggil akak, Kak Fiqa sahaja. Akak ingatkan Khaira nak tolak tawaran kerja ini.” Katanya dengan ramah. Sedikit sebanyak rasa gugupku hilang bersama senyuman yang dihulurkan oleh kakak ipar Nurin itu.

“Mana ada, kak.” Nafiku dengan segera.

“Nurin kata Khaira nak datang pukul 9. Sekarang dah pukul 10 suku. Bukannya akak marah tapi akak risau kalau Khaira ada last minute judgement and refuse my offer.” Jawab wanita berkerudung biru laut itu. Wajahnya putih kekuningan menandakan dia mungkin datang daripada kacukan cina.

“Maaflah kak. Tapi waktu Khaira datang tadi ada traffic jam. Sebab itu lambat sikit.” Aku segera memberi alasan atas kelewatanku. Bukannya aku sengaja lambat tiba ke bakal tempat kerjaku ini tetapi memang betul ada kesesakan jalan raya sepanjang masa untukku ke sini.

“Tak apalah kalau macam tu. Mari akak tunjukkan tempat kerja akak kat kamu.” Wanita itu bergerak terkedek-kedek dengan perutnya yang memboyot itu menuju ke lif. Aku hanya mengekorinya daripada belakang, masih berasa bersalah kerana terlewat.

Lif tersebut membawa kami ke tingkat 43. Kesemua tingkat di bangunan itu ialah 47 tingkat. Aku cuba untuk memandang ke tingkat bawah tetapi perasaan gayat mula menyelubungiku. Aku beristighfar beberapa kali sebelum memutuskan supaya jangan berada berhampiran dengan kawasan tingkap berkaca. Takutlah. Aku memang fobia apabila berada di tempat yang terlampau tinggi macam ini. Sebaiknya aku endahkan perkara tersebut.

“Kak Fiqa!” Panggil seorang lelaki berbadan kurus dan tinggi. Dia berpakaian kemeja biru air dan berseluar hitam. “Bos called for you.” Dia menghampiri kami dengan nafas yang tercungap-cungap. Ketika itu kami baru sahaja mahu menjejakkan kaki ke dalam pejabat kubikel Kak Fiqa.

“Bos yang mana satu?” Soal Kak Fiqa yang kelihatan sedikit keliru. Berapa ramai pula bos yang Kak Fiqa berkhidmat ni?

“Encik Ahmadlah, kak. Siapa lagi. Dia kata dia nak tengok borang permohonan cuti akak tu sebelum akak pulang petang ni.” Ucap lelaki yang mungkin beberapa tahun tua daripadaku itu.

Kak Fiqa memandang wajahku dengan pandangan yang lembut.”Maafkan akak, Khaira. Boleh Khaira tunggu akak kejap?” pintanya.

Aku mengangguk dengan bersungguh-sungguh. “Akak pergilah selesaikan urusan akak dahulu. Khaira tunggu akak kat sini.” Aku memahaminya. Kasihan Kak Fiqa, sudah sarat macam itu pun kena bergegas ke sana sini untuk menyelesaikan segala urusannya sebelum bercuti bersalin selama tiga bulan. Selepas ini dapatlah dia berehat di rumah.

Aku mengambil tempat di sebuah ruang rehat. Di sini terdapat sebuah meja kopi dan beberapa buah sofa berwarna hitam. Aku duduk di atas salah satu sofa tersebut dan mencapai sebuah majalah bisnes. Entah apa yang aku baca sampai fikiran aku terlayang pada ibu aku di kampung. Rindunya aku pada mereka tapi takkanlah aku nak minta cuti pula. Aku baru sahaja nak mula kerja tapi sudah minta cuti. Gila ke apa?
Minda aku teringatkan ahli keluargaku yang lain pula. Alongku, Siti Mariam dan tiga orang anaknya. Apalah khabar mereka agaknya? Jarak umur aku dan along aku begitu jauh iaitu 13 tahun manakal angahku pula 10 tahun. Angahku bernama Muhammad Hadi dan merupakan seorang pemilik restoran di Bangsar. Angahku ini merupakan satu-satunya adik-beradikku yang jarangku temui. Sememangnya dia liat mahu bertembungku. Barangkali dia tidak mahu melihatku yang masih sedih diatas kehilangan Amir. Masakan tidaknya, abangku inilah yang selalunya jadi orang tengah jika kami bergaduh. Sedikit sebanyak dia mengerti bagaimana hidupku terjejas setalah kematian Amir lebih daripada orang lain. Kemudian datang adik terakhirku, Muhammad Naim Ridhuan. Sepanjang ketiadaan Amir, dia sering menghubungiku. Dia yang kerap menenangkan hidupku. Jikalau sahaja,..

Seorang lelaki melintasiku. Tanpa memandang wajahku dia berkata “Afiqah, could you make me a cup of coffee please?” Dia lantas memasuki pintu pejabat yang berada di sebelahanku.

Aku terpinga-pinga. Siapa sebenarnya lelaki itu? Beraninya memintaku membuatkan air untuknya. Eh, bukankah dia menanyakan Kak Fiqa tadi? Jadi inikah lelakinya yang perluku memberi khidmatku sebagai seorang setiausaha? Tanpaku sedari, kakiku sudah melangkah ke lounge untuk menyediakannya secawan kopi.
Setelahku siap membancuh kopi untuknya, aku menuju ke bilik lelaki itu. Sebelumku melangkah masuk, aku mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Apabila aku sudah mendapat kebenaran, aku melangkah masuk.

Lelaki itu sedang menunduk sambil memandang beberapa helaian kertas di atas mejanya. Aku meletakkan air kopi tersebut di sebuah meja di tengah-tengah bilik tersebut. Amboi lelaki ini langsung tidak mendongak. Tak sakit ke batang leher dia? Aku ingin beredar secepat yang mungkin sebelum dia menyedari aku bukanlah Afiqah yang dia sangkakan.

“Put it here like always, Afiqah.” Ujarnya, masih memandang helaian kertas di tangannya. Suruhannya itu memberhentikan langkahku. Aduh, macam mana ini! Perlahan-lahan aku mengambil cawan kopi tersebut dan meletakkannya betul-betul di hadapan lelaki tersebut. Lelaki tersebut menghirupnya dengan serta-merta. “Damn it!” Ucapnya apabila air kopi panas tersebut menyentuh bibirnya. Dia ini tak pernah minum air kopi ke sebelum ni? Air tu kan panas, yang terkocoh-kocoh minum air tu apasal. Rungutku di dalam hati.

Aku segera mencapai sekotak tisu yang berada tidak jauh daripada lelaki itu lantas aku hulurkan kepadanya. Dia pantas menyambut huluranku. “Air tu kan masih panas.”Kataku dengan perlahan. Terkeluar juga suaraku.

Lelaki itu memandangku dengan wajah yang terkejut. “Siapa kamu ni?” Dia bingkas berdiri. “Macam mana kamu boleh masuk ke dalam bilik saya?”

Aku mulai panik. Macam mana aku nak terangkan kepada dia ni? “Saya.. saya..” Rasa gugup aku semakin berleluasa. Serentak dengan itu pintu pejabat tersebut dibuka luas. Aku memandang ke arah pintu tersebut. Hati aku melonjak kegembiraan apabila aku melihat wajah Kak Fiqa yang terpacul di sebalik pintu tersebut.

“Kamu di sini rupanya, Khaira.” Suara yang lembut itu merupakan penyelamat bagiku.
“You know this girl, Afiqah?” Soal lelaki itu, keliru.

“ My goodness. Don’t you remember l will go on maternity leave starting from tomorrow? This is my replacement, Khaira. I’ve told you many times before.” Ujar Kak Fiqa. Aku dapat menghidu rasa tidak puas hati pada nada suaranya.

“What? Tomorrow? Then who’s going to help me?” Suara itu bernada serius dan tidak berjenaka. Pekakkah lelaki ini? Kan Kak Fiqa sudah katakan yang aku bakal menggantikan tempatnya. Fikirlah dengan logik akal.

“For temporarily Khaira will help you.” Jawab Kak Fiqa dengan tenang.

Lelaki itu memandang tepat wajahku. Astaghfirullahal’azim. Aku mengucap dalam diam. Mata lelaki itu yang perang dan kulit wajahnya yang putih kemerah-merahan benar-benar kelihatan kacak. Rambutnya yang agak tidak bersikat namun masih bersisir rapi itu menggamit perasaan wanitaku. Masih ada lelaki yang kacak begini lagi di dunia? “Apa nama kamu?” Suara garau itu menganggu lamunanku. Apa benda yang dia tanya? Aku terpinga-pinga.

Aku mengesan ada sisa-sisa ketawa pada Kak Fiqa. Apa yang lucu sangat tu?
Sekali lagi Kak Fiqa menjadi penyelamatku apabila dia mencelah. “ Nama dia Khaira Annisa. 25 tahun. Tinggal di-“

Lelaki itu menyampuk.”I’m asking her.” Ujarnya. Masih merenung wajahku. Ada apa yang tidak kena dengan wajahku? Mekap aku comotkah?

“Nama saya Khaira Annisa.” Itu sahaja yang mampu aku jelaskan sebelum lelaki tersebut mencelah lagi.
“Macam mana kamu boleh dapat pekerjaan ini?”
Aku tergamam. Apa tujuan soalannya ini? Aku memandang ke arah Kak Fiqa seperti merayunya untuk menolongku. Bagaikan mengerti renunganku dia berkata, “Dia kebetulan memohon pekerjaan di sini ketika saya sedang mencari pengganti untuk saya.” Tipunya.
“Kenapa saya tidak menerima sebarang resume tentang dia?”
Dahi Kak Fiqa berkerut. “Bukankah saya sudah hantar resume tersebut kepada encik?” Katanya. Entah benar entah tidak. Namun aku sudah menarik nafas lega apabila reaksinya bagaikan mempercayai kata-kata Kak Fiqa. Lelaki ini benar-benar ignorantlah.
Kak Fiqa menarik aku keluar setelah memohon untuk beredar. Aku pun sudah tidak betah untuk kekal di dalam bilik itu. Tambahan lagi dengan renungan tajam lelaki itu. Macam nak telan orang aje. Bebelku.

“Dia tu siapa, kak?” Soalku sebaik sahaja keluar daripada bilik tersebut.
“Itu bos nombor dua akak.” Jawab wanita itu penuh tenang.

“Bos nombor dua?” Aku pelik. “Macam mana tu? Ira tak faham.” Luahku.
”Sebenarnya akak ni bekerja di bawah dua orang bos. Salah satunya secara rasmi, another bukan rasmi. Encik Yusuf merupakan bos tidak rasmi akak.” Jelasnya.”Encik Ahmad Naqiuddin pula bos sebenar akak.”

“Jadi, lelaki tadi bos tak rasmi akak la?” Ingatanku kembali kepada lelaki di dalam bilik tersebut. Jadi namanya ialah Yusuf. Nama yang indah. Tetapi mengapa aku dapat merasakan jiwa lelaki itu tidak seamanku sangka. Bagaikan ada sesuatu yang bersarang di tangkai hatinya. Senyum kepadaku tadi pun enggan. Ada emas ke dalam mulutnya itu?
Kak Fiqa mengangguk. “ Dia tu baik sebenarnya.” Seperti membaca mindaku, Kak Fiqa berkata. Matanya memandang mataku dengan penuh makna. Lalu dia tersenyum. “Tak ada apa-apalah. Ira akan tahu lepas Ira bekerja dengan dia nanti.”
Kak Fiqa membawa aku ke mejanya dan menerangkan semua tugasanku. Aku mendengar dengan teliti. Dia juga menerangkan fiil bos-bosnya. Sebagai contohnya, aku difahamkan bahawa Encik Yusuf tidak mengemari jika ada manusia yang bertandang ke biliknya pada waktu pagi. Geli hati aku apabila mendengar cerita tersebut. Apa punya jenis mamatlah ni.

Ketika aku beredar daripada pejabat tersebut, aku terserempak dengan Encik Yusuf. Aku mengukirkan sekuntum senyuman untuknya memandangkan dia bakal menjadi bos tidak rasmiku keesokkan harinya. Aku tidak mendapat apa-apa reaksi daripadanya. Sombong benar lelaki itu. Bukannya payah benar untuk membalas senyumanku ini. Bukannya setiap kali tersenyum, dia perlu membayar cukai. Lagi tambah pahala adalah.

LIATNYA MATA AKU NAK BUKA pagi itu. Nasib baik Nurin tolong kejutkan aku kalau tidak, bersolat subuh pun aku tak sempat. Aku mengenakan sepasang seluar putih, berbaju blaus coklat dan tudung yang sedondon dengan seluarku. Biar pun ianya hanya ala kadar, pada pendapatku keselesaan lebih utama daripada kecantikan.

Aku menuju ke syarikat As-Syura Holdings dengan menaiki teksi. Kereta Vivaku masih berada di bengkel untuk dibaiki. Entah apa masalahnya sehinggakan sudah ditahan selama seminggu di bengkel Fitri, sepupuku. Macam orang sakit pula. Nasib baik aku dapat diskaun dari Fitri.

Aku sudah pun tiba di lif bangunan tersebut. Aku menunggu lif tersebut untuk terbuka. Tanpa kusedari seorang lelaki berdiri di sampingku. “Pukul berapa sekarang?” Tanyanya.

Aku mengerling ke arah jam tanganku. “8 suku.” Aku mendongak untuk memandangnya. Alamak dia rupanya. Kali ini rambutnya tersisir rapi. Pakaiannya kemas dan aku pasti dia bercukur hari ini. Aku mengalihkan pandanganku daripadanya. Aku dapat merasakan cuping telingaku semakin panas. Aku dapat agak yang muka aku sedang memerah ketika itu. Janganlah dia melihatnya ketika itu. Aku memejamkan mataku.

Sebaik sahaja aku membuka mata, pintu lif sudah terbuka luas. Encik Yusuf sudah mengambil tempat di dalam lif tersebut. “Aren’t you going up?”Soalnya.
Sambil menundukkan kepala aku melangkah ke dalam lif tersebut. Malu untukku memandang wajahnya. Keadaan di dalam lif tersebut menjadi sesak dalam sekelip mata sehinggakan aku terpaksa berhimpit-himpit dengan bos tidak rasmiku itu. Adoi, malunya aku bila terfikirkan keadaan kami ketika itu

Buat seketika aku terlupakan arwah Amir...

AKU SANGKAKAN PASTI banyak perkara yang harus aku lakukan sepeninggalan Kak Fiqa namun sangkaanku meleset sama sekali. Kak Fiqa telah meyelesaikan semua tugasnya sebelum bercuti dan meninggalkan aku dengan hampir tiada benda yang boleh aku lakukan. Dia sememangnya seorang pekerja yang berdedikasi.

Aku memandang ke arah kalender setelah habis menyusun temujanji Encik Ahmad Naqiuddin. Tepat bulan depan merupakan ulangtahun pemergian arwah Amir Hamzah. Emak arwah, Puan Sabariah meminta aku untuk menghadiri kenduri tersebut. Manakan tidaknya, kami begitu hampir untuk menjadi anak menantu dan emak mertua. Kasihan wanita itu. Amir merupakan satu-satunya anak lelaki beliau. Kami berdua pernah menyayangi lelaki yang sama dalam hidup kami. Dan arwah meninggalkan kami berdua terkapai-kapai bagaikan mangsa insiden kapal karam. Redha sahaja Khaira, bisik hatiku.
Tiba-tiba telefon mejaku berbunyi. Aku yang sememangnya semakin bosan, segera mengangkat panggilan tersebut. “Pejabat Encik Naqiuddin, boleh saya bantu?”

“This is me. Where the hell you’ve put the blue file about Cemara Groups?” Suaranya yang garau dan mendatar setiap masa itu memudahkan aku mengenali pemiliknya. Apa lagi yang dia mahu? Kini sudah tiga kali dia menelefonku.
“Kan saya sudah letakkannya di atas meja encik.” Jawabku dengan tenang.
“So why couldn’t I saw it?” Dia mendengus kecil. Aku dapat mendengar tangannya menyelak helaian demi helaian kertas.

“I’ll be there.” Aku mematikan talian lalu bergegas ke pejabatnya. Pintu bilik tersebut aku buka tanpa meminta kebenaran lelaki tersebut.

Lelaki tersebut terpaku .”Cepatnya awak datang.”

“Encik dah jumpa fail itu?” Soalku dengan nafas yang tercungap-cungap. Lelaki inikan. Menyusahkan aku saja. Entah macam manalah Kak Fiqa boleh bertahan dengan sikapnya ini. Aku benar-benar tidak bleh tahan. Aku pun ada bos aku sendiri. Yang dia ni pun satu carilah setiausaha sendiri. Janganlah mengacau setiausaha orang lain.

Lelaki itu menunjukkan sebuah fail biru di tangannya. “Baru jumpa.” Dia tersengih kecil.

Mata aku membulat. Ya ALLAH penatnya aku bergegas ke sini. Menyusahkan orang sahaja. Aku menarik nafas panjang. Penatnya aku. Aku memandangnya yang sedang merenungku tajam. Nak saja aku membebel padanya. Tetapi mengingatkan perbezaan pangkat aku dan dia, aku membatalkan niatku. Tiada faedah pun kalau cakap dengan dia, boleh dikatakan seperti mencurah air ke daun keladi. “Saya beredar dahulu kalau begitu.” Usulku sebelum amarahku melanda.

Sebelum aku melangkah keluar aku terdengar lelaki ketawa kecil. Segera aku menoleh. Aku melihat lelaki itu masih tersengih dan masih merenungku. Langkahku terhenti. “Kenapa ketawa?” Aku memberanikan diri untuk bertanyanya.
“Nothing, Khaira.” Dia memandang wajahku penuh erti. Aku dapat merasakan auranya memenuhi ruang pejabatnya itu. Aku merasa sesak nafas tiba-tiba. Suaranya yang menyebut namaku tadi berlegar-legar di mindaku. Suaranya itu sungguh dalam, walau bagaimanapun tetap kedengaran lancar dan tiada sebarang getaran padanya.

Aku meneruskan langkahku tetapi suara yang mengasyikkanku itu memanggilku lagi. Sekali aku menoleh. “Encik nak apa lagi?” Nada suara aku mendadak naik.

Wajah Yusuf tidak berubah walaupun menyedari aku sudah naik angin. “ Could you make me a coffee?” Pintanya.

Aku mendengus kecil. Banyak songeh betullah dia ni! Aku segera melangkah keluar sebelum lebih banyak arahannya kepadaku. Aku nak relaks pun susah. Aku membacuh kopi untuknya dengan pantas. Biarlah tak cukup manis atau tak cukup pahit asalkan lain kali dia tidak akan menyuruh aku untuk membuat itu dan ini lagi.

Aku membuka pintu biliknya tanpa meminta kebenaran lagi. Aku tergamam apabila melihat Yusuf sedang bersama beberapa orang lembaga pengarah. Salah seorang daripadanya memandangku dengan pandangan yang tajam.

“Don’t you know how to knock?” Soal salah seorang daripadanya.

Aku terdiam lantas meminta diri. Masya-ALLAH! Malunya aku! Aku membuang air kopi itu ke dalam sinki. Aku menekup wajahku. Bodohnya aku! Yang engkau menggatal sangat masuk bilik itu tanpa ketuk pintu apa pasal? Pandanganku kelam. Aduhai! Rasa malu masih berbekam di hati. Aku menarik nafas panjang beberapa kali sebelum bergerak ke mejaku.

Sebaik sahaja aku memusingkan kepalaku, sekali lagi aku tergamam. Seorang lelaki berkemeja putih bersandar pada dinding di belakangku. “ Kenapa buang air itu? Bukankah saya nak?” Katanya.

Lidahku kelu dengan serta-merta.
Yusuf mendekatiku. Aku mangambil setapak langkah ke belakang. Jantungku berdegup dengan kencang sekali. Bau minyak wanginya menusuk hidungku. Ia sungguh mengasyikkan. Matanya memandang tepat ke arahku. “I want another coffee.” Aku terkejut dengan kata-katanya. Itu sahaja yang dia mahu katakan kepadaku? Ini tak boleh jadi ni?

“Maafkan saya, Encik Yusuf. Tetapi saya ada banyak benda lagi yang lebih penting untuk dibuat. Saya tidak mahu meninggalkan tugas saya hanya untuk membuat kopi untuk Encik.” Kataku dengan berani.
Yusuf menoleh ke belakang. Aku cuba untuk membalas renungan lelaki itu tetapi gagal. Pandangan itu amat mendalam. Alamak, apa benda aku sudah buat ni? Ini baru hari pertamaku dan aku sudah berlawan kata dengan orang atasanku. Habislah aku. Kalau dia mengadu kat Encik Naqiuddin macam mana? Tamatlah pekerjaanku di sini.

“As far as l can see, you seems like have nothing to do, Miss Khaira.” Petah sahaja lelaki itu berbicara.

“Jadi itu maknanya encik boleh ambil kesempatan atas masa saya.” Balasku pula.
“Kalau kamu tak nak buat, usah menyusahkan diri kamu untuk buat.” Suaranya agak meninggi. Marah sangatkah dia kerana rungutanku itu? Yusuf segera berlalu pergi. Barangkali ingin meyambung mesyuaratnya dengan ahli lembaga pengarah.

Aku masih berada di lounge tersebut. Aku teringatkan kata-kata terakhirnya. Marah sangatkah dia?

SELAMA SEMINGGU DIA TIDAK MENELEFONKU. Akhirnya aku berasa lega. Di dalam masa yang sama aku dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru. Ada Kak Zakiah, Abang Saiful, Nancy , Kasturi dan ramai lagilah. Mereka semua amat peramah dan keletah. Sedikit sebanyak memoriku tentang Amir terhakis. Aku berazam ingin memulakan kehidupan yang baru dan tanam yang lama. Amir mungkin mahukan yang sama buatku jika dia masih ada.
“Aku dengar Encik Ahmad nak kahwin tak lama lagi. Apa kata kita pakat ramai-ramai mohon cuti pastu pergi majlis perkahwinan dia.” Usul Abang Saiful selaku ketua ketika kami di medan selera tidak jauh daripada pejabat. Tempat ini sudah menjadi kebiasaan kami untuk makan tengahari bersama-sama.

“Boleh saja.” Nancy bersetuju. “ I sudah lama mohon cuti pada hari itu.” Anak gadis cina yang berusia setahun muda daripadaku itu menganggukkan kepalanya lantas tersenyum lebar.

“ Biar betul, Nancy?” Mata Kak Zakiah atau Kak Zah terbeliak. “Awal-awal lagi engkau sudah planning, ya amoi.” Sindirnya.

“ I dapat tahu actual date perkahwinan dia dari Kak Fiqa. So I bookedlah awal-awal.”
“Bila wedding dia?” soal Kasturi, ingin tahu.
“Next week Friday.”

“Apa!” Kasturi terkejut. “Tak dapatlah aku pergi kalau macam tu.” Wajahnya bertukar masam.

“Kenapa?” Soal Kak Zah pula.
“Hari itu I kena pergi Batu Caves. Meet my family. Aduhai. Tak dapatlah I tengok bini Encik Ahmad. Tengok gambar sajalah.”

Aku tidak dapat menahan daripada tersenyum melihat wajah gadis India itu berkerut. Istimewa sangatkah isteri bos aku itu?

“Kamu mahu pergi sekali, Ira?” Tanya Kak Zah tiba-tiba kepada aku. Aku segera menggeleng. “Kenapa tak nak pergi sekali?”

“Ira baru saja mula kerja. Takkan dah nak minta cuti pula.”
Kak Zah mengangguk faham. “ Korang ada dengar apa-apa cerita tentang Encik Yusuf?”
Tiba-tiba aku berasa serba ingin tahu. “Kenapa dengan dia?” Aku seperti sudah kenal lama dengan Kak Zah. Dia pasti mahu memecahkan rahsia bosku itu.
“Akak dengar..”
Seorang perempuan mencelah masuk ke dalam perbualan kami. “Sudah-sudahlah itu, kak. Akak kutuk pakwe kita, ek?” Ujar perempuan yang berpakaian skirt merah menyala dan kemeja putih. Perempuan itu kelihatan sungguh cantik dan berkelas. Kasut tumit tingginya sahaja sudah mengalahkan pen Faber Castell yang kumiliki. Dahsyat.
“Fina.” Panggil Kak Zah. “Apa engkau buat kat sini?” Dia kelihatan terkejut dengan kehadiran perempuan berambut hitam keperang-perangan itu.

“Saja jalan-jalan dengan kawan I. Ni siapa?” Pandangannya tertumpu padaku. Tidak mahu dicop sombong, aku menghulurkan salam perkenalan dengannya. “Nama saya Khaira. Saya pengganti Kak Fiqa.” Huluran tanganku dibalas dengan acuh tidak acuh apabila dia mendengar nama Kak Fiqa. Mereka bermusuhankah?

“Mana kawan engkau tu?” Soal Abang Saiful dengan suara yang keras. Akhirnya dia bersuara juga. Aku memandang wajah perempuan bernama Fina itu. Kenapa mereka bersikap dingin pada mereka sehinggakan Kasturi pun enggan memandang wajah itu meskipun tadi dia merupakan orang yang paling riuh.
“Ada. Dia tengah bayar untuk makanan kami.” Menyedari layanan yang diterimanya dingin, Fina meminta diri terlebih dahulu.
Aku hanya memerhati lenggok wanita itu berjalan pergi. Bukan main lagi. Aku memerhati wajah-wajah di meja ketika itu. Sudah tiada lagi semangat untuk bercerita. Akhirnya mereka semua meminta diri dan meninggalkan aku terpinga-pinga. Pelik betullah mereka ini.
Aku mengerling ke arah jam tanganku yang berjenama Rolex.Waktu makan tengahari masih berbaki 30 minit lagi. Apa benda aku nak buat sekarang? Kerana tiada pilihan lain, aku memutuskan untuk kembali ke pejabat.
AKU TERDENGAR BUNYI SESUATU BERLAGA di lounge. Ketika itu pejabat masih sunyi sepi. Tiada siapa yang ingin berada di pejabat pada waktu begini. Jadi siapa pula berada di situ? Takkanlah ada tikus kot?
Aku menjengahkan kepala aku ke ruang tersebut. Astaghfirullahal’azim. Aku sangkakan tikus, rupanya bapak tikus. Seorang lelaki kelihatan bertungkus-lumus untuk membuat sesuatu. Kemudian dia sendiri tercengang-cengang sendirian. Aku terdengar keluhan besar keluar daripada mulutnya. Aku tersenyum sendirian. Aku ingin meninggalkan lelaki itu sendirian namun ia sudah terlewat apabila lelaki itu sudah merasai kehadiranku.
“What are you doing there?” Pantas dia menyoal.
Aku terpinga-pinga. “Tak ada apa-apa. Kenapa?” Aku menunjukkan reaksi yang blur. Aku ingin lihat jika dia benar-benar mahukan aku untuk menolongnya. Aku berpura-pura untuk mengambil segelas air mineral. Aku mengintai wajah Yusuf yang sedang berkerut memandang coffee machine di hadapannya. Aku memandang mukanya itu. “Nak saya tolong?”

Yusuf memandangku penuh makna lalu mengangguk kecil. “Could you?”
Kasihan pula lelaki ini. Aku mengangguk lantas tersenyum. Buat pertama kalinya aku terlihat senyuman ikhlas daripada Yusuf. Tiba-tiba aku dapat merasakan hatiku berbunga. Yusuf mengambil tempat di sisiku sepanjang masa aku membancuh air kopi untuknya. Matanya teliti melihat gerak jariku. “Encik tak pernah buat air kopi guna mesin ni ke?” Soalku.

Yusuf mengelengkan kepalanya. “ Selalunya saya minum instant coffee sahaja. Kalau tidak, Afiqah yang akan buatnya untuk saya.” Jelasnya sambil memandangku buat kali pertama sejak aku membuat kopi untuknya.

“Sudah berapa lama encik tiada setiausaha?” Soalku lagi, ingin mengelakkan rasa kekok di antara kami.
“Almost a year now.” Tenang lelaki itu berbicara.
Aku terkejut kecil. “Kenapa encik tidak mahu ambil setiausaha?” Aku teringatkan Kak Fiqa. Jadi selama ini dia harus menguruskan urusan lelaki ini. Kasihannya Kak Fiqa. Mesti lelaki ini banyak songeh sepanjang mempunyai setiausaha penyabar seperti Kak Fiqa.

“I don’t like other person butt into my life.” Nada suaranya berbunyi serius dan berlainan daripada tadi.

Aku memandang wajahnya sekilas. Bau wangiannya masih menusuk hidungku. Sukar untuk aku tidak memperdulikan wangian itu. Jantungku berdegup pantas. Aku segera mengubah topik perbualan kami. “Kenapa encik tak turun makan?”
“Tak ada masa. Dateline bagi kerja saya ialah lusa. Nak tak nak, kenalah saya siapkan juga.” Keluhnya, jelas-jelasan.
Aku menghulurkan secawan kopi kepadanya. Ternyata dia gembira dengan huluranku lagi kerana sekali lagi aku terlihat senyumannya yang berharga itu. “Saya minta diri dahulu, Encik Yusuf.” Ketika aku melangkah pergi, aku terdengar dia berkata sesuatu tetapi tidak jelas pada pendengaranku. Aku menoleh ke belakang. “Pardon me,”
“I said, thank you.”
HARI-HARI YANG BERIKUT MERUPAKAN HARI-HARI YANG MENGEMBIRAKAN. Buat pertama kalinya di dalam hidupku, aku yakin aku boleh berjalan pergi daripada kehidupan laluku. Amir, saya sudah bersedia untuk melupakan awak.

“Khaira, sejak akhir-akhir ini aku tengok engkau asyik tersenyum sahaja. Ada apa-apakah ini?” Soal Nurin kepadaku pada suatu hari.

Aku tersenyum lebar. “Nurin, I feel great. Aku rasa aku sekarang sudah boleh lupakan Amir. Aku sudah bersedia untuk memulakan kehidupan yang baru.” Sebaik sahaja aku meluahkannya, hatiku menjadi lapang.
“Baguslah tu. Lupakan Amir dan dia tu.”
Aku merenung wajah Nurin. Tipulah kalau aku kata yang aku tak sakit hati apabila Haikal mengkhianati kepercayaanku kepadanya. Dan Ratna, gadis kacukan Jawa itu. Tipulah kalau aku kata aku tak mahu jumpanya lagi. Malahan aku semakin rindu padanya. Cuma jelaskanlah kepadaku kenapa dia sanggup merahsiakan hubungannya dengan Haikal, sekali gus menghancurkan hubungan persahabatan kami. Haikal Adnan, jejaka pilihan keluargaku memilih untuk curang kepadaku walaupun dia tahu Ratna merupakan sahabat baikku. Dia memutuskan untuk melarikan diri bersama pada hari kami sepatutnya bertunang, 3 bulan yang lepas. Sungguh malang aku inikan. Ditinggalkan bakal suami dan bakal tunang..

TANPA KUSEDARI, SUDAH HAMPIR 2 MINGGU AKU BERKHIDMAT di Syarikat As-Syura sebagai setiausaha Encik Ahmad dan setiausaha tidak rasmi Encik Yusuf. Jarang sekali aku bertemu dengan Encik Ahmad sekarang ini. Encik Yusuf pula bijak mengambil kesempatan itu dan ini untuk aku membantunya. Alah, biasalah tu. Pejam celik pejam pejam celik sudah sampai juga seruan Encik Ahmad untuk mendirikan rumahtangga.
Tidak ramai yang datang pada hari Jumaat penghulu segala hari itu. Maklumlah bos nak kahwin, hampir separuh daripada orang pejabat tidak hadir. Aku, pekerja sementara haruslah teruskan tugasku juga.

“Eh, Kak Khaira ada kat sini?” Aleeya Nasarrudin, kerani di situ. “Kenapa akak tak pergi sekali ke majlis perkahwinan Encik Ahmad?”

“Akak ni orang baru, Leeya. Takkan akak nak minta cuti pula.”
Aleeya tersenyum. “Akak tak nak turun makan lunch?”

Aku menggelengkan kepalaku. “Tak. Aleeya pergilah dahulu. Akak tak berselera nak makan hari ini.” Ujarku, lantas meneruskan tugasanku mengatur semula temujanji Encik Ahmad. Sememangnya aku ingin ponteng daripada masuk kerja hari ini tetapi apalah yang boleh aku lakukan di rumah. Lebih menjeruk perasaan adalah.

Aku mengeluh panjang. Bosannya bila tiada orang untuk aku berborak. Nurin semakin hari semakin sibuk. Dengar cerita, dia akan bertolak ke Jakarta dalam masa yang terdekat. Aduh, semakin bosanlah aku nanti. Nurin menggalakkan aku untuk tinggal bersama adiknya selama mana dia mungkin berada di Jakarta. Ah, tak ingin aku! Barangkali dia bimbang jika aku mengalami nervous breakdown semasa ketiadaannya di tanah air. Aduhai sahabatku ini. Aku dah baiklah.
“Jauh termenung. Teringatkan kekasih?”

Aku tersentak. Serta-merta lamunanku terhenti. Aku menjeling kepada pemilik suara itu lantas tersenyum malu. “Encik Yusuf,” panggilku. “Encik tak pergi ke majlis perkahwinan Encik Ahmad?”
Lelaki itu tersenyum. “Kalau semua pergi, siapa nak teruskan kerja di pejabat ini?” Katanya sambil merenungku. “Kenapa awak tak pergi?” Soalnya lalu mendekati mejaku. Dia meletakkan telapak tangannya di atas mejaku.
“Samalah saya. Tambahan lagi saya pekerja sementara sahaja. Takkan nak minta cuti sesuka hati sahaja.” Balasku. Aku langsung tidak terperanjat dengan kehadirannya ketika itu. Memang selalu aku lihat dia berada di pejabat ketika waktu senggang begitu. Pernahku tanyanya tentang itu. Jawabnya, lebih tenteram kerana tiada orang.
“Awak tak mahu keluar makan tengahari?” soalnya lagi.
“Tak berminat. Tadi Aleeya ada ajak tapi saya malaslah nak keluar.”
Yusuf meletakkan pula tangannya di dalam poket seluar. “Nak saya belanja makan tengahari?” suaranya seperti tersekat-sekat. Aik, ini pertama kali aku melihatnya seperti ini.
“Encik nak belanja saya makan?” aku bertanya lagi unuk meminta kepastian. Aku salah dengar ke sebentar tadi?
“Ya. Awak kelirukah dengan sikap saya hari ini?” dia merenung tepat mataku. Matanya yang keperangan itu masih kelihatan cantik padaku. Dia ketawa kecil dan meletakkan tangannya pada komputer ribaku dan menutupnya. “Let’s go, okay?”
Aku sedikit terkejut dengan perubahan sikapnya itu. Kenapa dia tiba-tiba macam ini? Mataku mengerling ke arah mata lelaki itu. “Okey.” Okey? Apa benda yang aku cakapkan ini? Aku nak pergi makan tengahari dengan dia? Masa Aleeya mempelawa aku pun aku menolak, kenapa bila lelaki ini mengajakku, aku terima? Adoi, pening kepala!
“Jom.”
KAMI BERHENTI DI MASJID NEGARA SEKETIKA untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada yang Maha Esa. Aku hanya menurut. Langkah lelaki itu menyayat hatiku apabila memori aku dan Amir terimbas kembali.
‘Amir janji setiap hari Amir akan jadi imam kepada Ira dan bakal anak-anak kita. Amir nak kita hidup bersama forever macam my mum and daddy.’
Seraya itu airmataku jatuh meniitis. Mujurlah Yusuf tidak melihatku ketika itu. Aku melarikan wajahku lalu menuju ke saf perempuan. Kenapa sekarang baru aku teringatkan dia? Di dalam masjid ini? Ketikaku bersama lelaki lain? Rasa bersalah kepada arwah Amir semakin menggunung di dadaku. Ya ALLAH, ENGKAU tenangkanlah hati hambaMU ini. Ringankanlah bebanan yang dirasai hatiku ini. Aku mengambil wudhu’ dan bersolat rawatib lalu dipenuhi dengan solat zohor.

Kenapa hati ini masih belum tenang?
YUSUF MEMBAWAKU KE SEBUAH RESTORAN yang menghidangkan makanan utara. Dia ni berasal dari utarakah? Aku menikmati lauk-pauk yang terhidang di hadapanku dengan diam tiada sepatah butir bicara pun yang keluar daripada mulut kami. Masing-masing asyik dengan lamunan sendiri. Ketika pelayan datang untuk mengira bil, barulah kami perasan yang selama setengah jam kami di situ kami langsung tidak berbicara antara satu sama lain.
Yusuf ketawa kecil manakala aku tersenyum lucu. Lucu akan gelagat kami yang seperti malu-malu kucing. “Sedap?”
Aku mengangguk dengan bersungguh-sungguh. “Macam mana Encik Yusuf boleh tahu restoran ini?” soalku.
“Klien saya yang memperkenalkan restoran ini kepada saya. Dia tu sememangnya suka makan. Semua tempat makanan kat KL ni dia tahu.”
Aku ketawa kecil. Teringatkan pula anak buahku, Arisya. Sebijik!
“Kita nak balik pejabat ke sekarang ni?” Soalnya.
Dahiku berkerut. Nak ke mana lagi pulak ni? Balik sajalah. Nak melencong ke mana lagi? “Balik sajalah, Encik Yusuf. Nak ke mana lagi?” aku menghadiahkan segaris senyuman untuknya. Hantar saya balik, Encik Yusuf. Bisik hatiku, semakin tidak selesa berdua-duaan dengan bos tidak rasmiku itu.
Yusuf tersenyum. “Okey. Mari.”
HARI MELANJUT KE PETANG. Sebelum aku balik, Yusuf datang singgah ke mejaku untuk menghantar pen drive yang dia pinjam daripada Encik Ahmad. Dia juga berpesan agar aku tidak lupa menyerahkan pen drive tersebut kepada Encik Ahmad. Adoi, dia ni! I know my job, okay?
“Baiklah, Encik Yusuf.”
Sebaik sahaja Encik Yusuf beredar, aku mengemaskan mejaku dan menyimpan segala peralatanku. Penatnya hari ini. Bosan pulak tu. Bilalah Kak Zah and the gang nak balik? Rindunya aku kat celoteh dia orang. Langkahku mati di pertengahan jalan. Kesunyian pejabat ketika itu menggamit memoriku bersama Amir. Ya ALLAH! Aku memejamkan mataku. Tolong, jangan ia masuk ke dalam fikiranku lagi.
Seorang lelaki muncul di hadapanku. “Khaira, are you okay?” soalnya di dalam nada kerisauan. Dia mendekatiku. “Awak tak sihatkah?”
Aku segera menggeleng. Amir... “I’m fine, Encik Yusuf..” suaraku mendatar.
“Are you sure?” Yusuf merenung mataku.
Sekali lagi aku mengangguk. Aku menjauhkan diri daripadanya dan beredar. Melihat wajah lelaki itu sahaja sudah membawa debaran yang besar pada diriku. Ah, aku tak sanggup mengkhianati arwah Amir.. Bibit-bibit suka ini, inginku campak jauh-jauh. Aku melangkah masuk ke dalam lif.
Sepasang tangan menghentikan pintu lif itu daripada tertutup. Wajah Yusuf terpacul di sebalik pintu lif itu. Dia turut melangkah masuk ke dalam lif tersebut. “Minggu depan saya mungkin ke luar negara.” Katanya tiba-tiba.
Kenapa perlu memberitahu aku? Aku menjeling sepasang mata milik lelaki itu. Masih keperang-perangan. Cantik. “Berapa lama?” Tanyaku pula. Hanya untuk merancakkan suasana kelam di dalam lif itu.
“Mungkin dua minggu atau lebih. Tidak pasti. Jadi, tolong ingatkan Enck Ahmad untuk menyiapkan dokumen 41A kerana dokumen itu perlu dihantar minggu hadapan.” Pesannya.
Aku menunduk. Alangkah baiknya jika Amir masih ada. Pasti kini kami sudah berkahwin dan bahagia meniti perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri. Alangkah baiknya... Aku merenung lelaki yang berada di sisiku. Kenapa rasa cintaku pada Amir bagaikan tergugat ketika aku melihatnya? Jika Amir tidak wujud di dalam hidupku dan peristiwa hitam antara aku, Haikal dan Ratna tidak pernah berlaku, aku yakin aku mungkin jatuh hati pada lelaki itu. Dia sempurna, aku akui. Aku tersenyum sendirian. Pasti aku terkinja-kinja padanya. Pengalaman mendewasakanku untuk tidak menjadi keanak-anakan lagi. Aku bersyukur.
“Kenapa tersenyum tu? Is there something funny about me?” dia juga tersenyum.
“Tak ada apa-apalah, Encik Yusuf.”
Yusuf membelakangkanku. “The office time is over now. So, could you help me favour and called me Yusuf instead?” pintanya.
Aku terkedu. Panggilnya Yusuf? Aku terdiam. Masakan aku nak panggil lelaki yang tua lima tahun daripadaku itu dengan namanya sahaja. Tak nak aku. Aku memandangnya semula. “Saya tak biasalah, encik. Encikkan bos saya.” Aku terdengar dirinya mengeluh kecil. Aku seperti luah mati emak di telan mati bapa.
“It’s okay. It’s seems like we have to keep this profesional relationship move on.” Katanya dengan serius.
Aku menunduk wajahku lagi. Telingaku semakin panas. Lif terbuka dan aku menarik nafas kelegaan. Yusuf melangkah keluar dan memalingkan wajahnya kepadaku. “Drive carefully.” Ucapnya. “See you next time.” Dia menghadiahkanku sekuntum senyuman sebelum menuju ke arah kereta Hondanya.
Aku menyusul keluar daripada lif. Keretaku terletak di arah yang berlainan daripada mana kereta Yusuf diletak. Bagaimana aku harus jelaskan kepadanya? Aku benar-benar tidak mahu memanggilnya Yusuf. Aku cuma enggan. Aku segera memasuki keretaku. Yang dia nak sangat aku panggil dia Yusuf tu, apasal? Bukannya sedap sangat namanya itu. Aku melempiaskan kemarahanku kepada stereng keretaku. Aku menyandarkan kepalaku. Alamak, migrain aku dah datang balik! Aku memicit lembut kepalaku. Peningnya.
“KHAI, ENGKAU DI MANA INI?” suara Nurin berbaur cemas. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku sepatutnya balik kerja pukul 5 tadi namun terkandas di tempat letak kereta. Ini semua pasal lelaki itulah. Sengaja buat aku tension.
“Aku okeylah, Rin.” Tipuku. Sakit kepalaku langsung tidak berkurang. Malahan semakin teruk dari masa ke masa. “Aku ada di rumah kawan office aku ni. Nanti aku baliklah. Engkau jangan lupa bayar bil elektrik esok,” pesanku.
“Ya, tapi engkau jaga kesihatan engkau baik-baik. Dahlah engkau tu tak sihat sangat sejak hari-hari ni. Ni mesti kes banyak buat kerja kat office tu. Hei, engkau bagi tahu aku siapa bos engkau. Biar aku ajar dia sikit sebab banyak job kat kawan kesayangan aku ni.” Kata-katanya mendorongku untuk ketawa.

Aku mengurut hidungku yang terasa ngilu tiba-tiba. Kulit kepalaku dipicit kuat. Langsung tidak terasa. “Okeylah, Rin. Aku pergi dulu. Jumpa esok pagi, okey?” Aku segera mematikan talian. Kepalaku semakin berdenyut-denyut.
Mulutku terkumat-kamit membaca apa sahaja surah al-Quran yang terlintas di mindaku. Aku tersentak apabila menyedari tingkap keretaku diketuk kuat. Aku lebih tergamam apabila aku melihat lelaki itu. Apa yang dia buat di sini?
“ARE YOU BETTER NOW?” Dia menghulurkanku secawan jus tembikai. Kami berada di sebuah restoran tidak jauh daripada pejabat kami. Malu sungguh aku ketika lelaki itu menemuiku di situ.

Aku mengangguk. “Macam mana encik tahu saya berada di situ?”
“Pak guard yang beritahu. Nasib baik dia beritahu saya awal-awal. Kalau tidak, entahlah apa yang nak jadi kepada awak.” Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kenapa awak tidak beritahu saya awak itu sakit. I can send you home.”
Nak mati? Kalau orang lain nampak, mati aku. Baru beberapa bulan ditinggalkan bakal tunang, sudah ada lelaki lain. Ish, tak sanggup aku. Manusia sekarang memang begitu, gemar menghebahkan perkara yang tidak berfaedah daripada yang berguna.
“Rumah awak di mana?”
Aku terkedu. Biar betul bos aku ni. “Kenapa encik tanya?” tanyaku, hairan.
“Apalagi, saya nak hantar awak baliklah. Takkan awak nak balik sendiri. Kalau ada apa-apa berlaku semasa perjalanan balik nanti, macam mana?” usulnya.
Aku merenung wajah putih lelaki itu. Hidungnya tampak mancung pula pada malam begini. Ish, apa benda aku cakapkan ini. Azan sudah berkumandang daripada masjid yang berdekatan. Kami terdiam seketika demi menghormati laungan azan yang berkumandang.
Seketika kemudian kami beredar daripada restoran tersebut. Tanggungjawab mesti dilaksanakan. Setelah selesai menunaikan solat, sakit kepalaku sudah kembali reda. Ah, tinggalkan sahaja dia.
SEBAIK SAHAJA TIBA DI RUMAHKU, aku merebahkan tubuhku yang sudah tidak bermaya pada katilku. Apakah agaknya reaksi Encik Yusuf selepas menyedari ketiadaanku? Mungkin dia masih mencari kelibatku. Ya ALLAH! Apa benda yang aku dah lakukan pada dia ni. Rasa bersalah menhembat hatiku. Aku menggeledah beg tanganku untuk mencari nombor telefonnya yang pernahku catat dahulu. Eh, mana pula aku letak ni?
Akhirnya aku menemui nombor tersebut. Aku mendailnya. Panggilan itu dijawab. “Assalamua’laikum, Encik Yusuf. Ini Khaira. I’m at home now.” Suaraku terketar-ketar. “Saya-“
“I’m glad. Okay, bye.” Dia segera mematikan telefonnya.
Aku terkedu. Marah sangatkah dia? Yusuf... Sebaik sahaja nama itu meluncur keluar daripada mulutku, hatiku dibelit dengan rasa serba-salah. Maafkan saya..
SELAMA TIGA HARI ENCIK YUSUF tidak menghubungi telefonku. Marah betullah dia tu, tekaku di dalam hati. Aku tahu memang aku yang bersalah tetapi kenapa nak mengajuk sampai macam itu. Sukar untuk disangkalkan lagi, aku sudah mula rindu dengan lelaki itu. Dia satu-satunya orang yang sering mengangguku terutama pada waktu lunch. Buat itulah, buat inilah. Pelik betul lelaki ini. Tetapi aku selesa dengan itu walaupun pada permulaannya aku agak kekok.
“Eh, korang ada nampak tak Encik Yusuf lately? Susah benar aku nak nampak batang hidung dia yang mancung itu.” Tanya Kasturi ketika kami sedang menjamu selera di kedai makan berhampiran pejabat kami. Mata gadis India itu bercahaya semasa menyebut nama jejaka itu. Aku yang sedang berangan-angan untuk ke pejabat Encik Yusuf selepas tamat waktu makan tengahari, tersentak. Serta-merta lamunanku tersentak. Bait-bait kata Kak Zah seterusnya tidak lut daripada pendengaranku.
“Kalau tak silap akak, Aleeya ada beritahu akak yang Encik Yusuf sudah bertolak ke luar negara dua hari yang lepas. Katanya ke Jepun.”
Jepun. Begitu jauh dia daripadaku. Sangkaku dia akan pergi tak lama lagi. Aku teringat kembali perbualan kami di dalam lif pada tiga hari yang lepas. Dia kata dia akan pergi pada minggu hadapan. Apa yang sudah terjadi? Kenapa dia tidak memberitahuku pula? Aku rasa seperti di khianati. Seleraku untuk menjamah laksa Penang sudah larut dek berita gempak itu. Aku menarik nafas panjang. Suka hati dialah, rumusku. Aku nak minta maaf dia tiada di negara ini pula. Suka hati awaklah, Yusuf...
MALAM-MALAM SETERUSNYA memang sangat membahang. Mungkin inilah kesan rumah hijau yang semakin di alami oleh planet biru ini. Panas sehinggakan air conditioner yang dipasang juga tidak dirasa. Lantas aku memasang kipas kecil di atas meja kecil bersebelahan dengan katilku. Biarlah bil elektrik melambung sedikit bulan ini. Memang sudah tidak dapat ditahankan lagi kehangatan pada malam itu.
Pintu bilik tidurku terbuka. “Khai, panas betul malam ini.” Rungut Nurin sambil membawa sebuah bantal hijau kepunyaannya. Dia berdiri di hadapan kipas lantas menghalang angin tersebut daripada menyentuh kasar wajahku.
“Janganlah block aku punya anginlah. Engkau carilah benda lain. Berdiri depan peti ais ke,” kataku dengan mata yang tertutup. Masih mengantuk. Manakan tidak sekarang sudah pukul 3 pagi. Tambahan lagi esok merupakan hari bekerja. Aku tak mahu masuk kerja dengan mata yang seperti beruang panda. Habis aku diusik oleh Abang Saiful nanti.
“Khai,engkau ingat lagi tak cerita Sailor Moon?”
Mataku terbuka kecil. “Kenapa engkau timbulkan cerita anime Jepun semasa kita kecil ni?”
Nurin tersengih. “Kita berdua mahukan lelaki seperti Darien Shields, bukan?” matanya memandang wajahku di dalam kegelaman malam. Aku bingkas bangun dan kembali merenungnya. Hilang rasa kelat pada mataku. Aku membuka lampu meja belajarku.
Aku tersenyum memandangnya wajahnya yang disimbahi cahaya lampu tersebut. “Aku pun tak faham sangat dengan perangai aku pada waktu itu. Sudah sekolah menengah tetapi masih suka dengan kartun.”
“Dia handsome,kan?”
Aku merenung tajam wajah gadis yang sebaya denganku itu. “Aku sudah lupalah muka dia macam mana. Yang aku ingat, dia benar-benar berkarisma. He’s full with charisma explosion. Membuak-buak keluar.” Kataku, turut tersengih.

“Aku harap sangat suatu hari nanti, kita akan berjumpa dengan Darien Shields kita.” Kata Nurin dengan sayu. Kenapa dengan dia ni?
“Nurin, what’s wrong, dear?” Buat pertama kalinya, aku melihat titisan airmata gadis itu. Apa yang telah membuatnya sedih? “Nurin, ceritalah pada aku.” Pintaku lagi. Nurin tidak pernah kelihatan lemah sebegini. Tidak pernahku lihat sepanjang hidupku selama 25 tahun.
Nurin mulai menangis teresak-esak. “Aku buntu, Khai. Aku buntu.”
“Jadi ceritakan kepada aku tentang masalah engkau. InsyALLAH aku mungkin boleh tolong.” Pintaku lagi namun ditolak bulat-bulat olehnya. “Takkan engkau nak pendam sahaja masalah engkau ni. Aku tak mahu engkau jadi macam aku, Rin.” Nada suaraku semakin mengendur.
Nurin memeluk erat tubuhku. “Engkau hanya perlu janji pada aku yang engkau takkan pergi jauh daripada aku, Khai.” Airmatanya merembes keluar, tidak henti-henti. Kami sudah hampir seperti adik-beradik kandung, tetapi kenapa Nurin menyembunyikan masalahnya daripadaku? Kenapa?
DUA HARI NURIN TIDAK BERTEMBUNG MATA denganku. Selama dua hari itu jugalah aku menjeruk perasaan. Tambahan lagi dengan pelawaan Puan Sabariah yangku masih biarkan tergantung. Tiga hari lagi merupakan ulangtahun pemergian arwah Amir Hamzah. Aku bingung.
Keadaan kesihatan Nurin semakin membimbangkan aku. Jarang sekali aku melihatnya menjamu makanan. Kalau dia makan pun, mesti dimuntahkan semula. Aku berkeras menasihatinya agar pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan namun dia amat besar kepala. Sebaik sahaja dia pulang daripada tempat kerja, Nurin pasti menyendiri di dalam biliknya. Kadang-kadang waktu Maghrib baru dia keluar untuk mengambil wudhu’ kemudian memerapkan diri semula di dalam biliknya semula.
Itu belum cerita tentang masalah kerja. Mujurlah Aleeya sering membantuku. Gadis molek itu benar-benar penyelamatku. Pada minggu lepas, aku tertinggal diari temujanji Encik Ahmad di rumahku. Aleeya yang pada ketika itu agak kelapangan menghulurkan bantuan dengan mengambil diari tersebut di rumahku. Aku benar-benar terhutang budi padanya.
Sehari sebelum kenduri arwah Amir, kami sempat berborak semasa lunch.
“Kak Khaira ada berapa ramai adik-beradik?”
“Empat.” Jawabku semasa menyemak semula jadual Encik Ahmad. “Leeya?”
“Sembilan orang. Leeya anak yang kelima. Leeya ada tiga orang abang. Abang-abang Leeya semua bermastautin di luar negara. Cuma kakak Leeya yang tinggal di Malaysia. Adik-adik Leeya semua masih bersekolah. Yang bongsu, sekarang ini sedang di tingkatan tiga.” Aleeya merenung wajahku. “Kak, boleh Leeya tanya something tak?”
“Apa dia?”
“Kak Fiqa pernah cakap pada Leeya apa yang pernah terjadi pada akak setahun yang lalu.” Katanya dengan berhati-hati padaku. Dia menunggu reaksiku.
Mataku tidak berkelip. Kak Fiqa tahu apa yang terjadi padaku? Ini mesti Nurin yang beritahu dia, agakku. Aku memandang muka Aleeya yang sedikit gusar. “Jadi?”

“Akak masih ingat dia lagi?”
“Bohonglah akak kalau akak cakap yang akak sudah lupakan dia, Leeya. Dia masih berada di dalam hati akak. Akak masih merindui dia. Cuma bezanya sekarang, dia sudah tiada di dunia ini. Dan itu yang akak cuba pupuk dalam diri akak. Akak mahu melupakan dia buat selamanya.”
“Maksud akak, akak sudah bersedia untuk lelaki lain di dalam hidup akak?”
“Tidaklah sampai macam begitu sekali. Namun akak memang tekad nak lupakan dia. But, untuk menempatkan lelaki baharu di dalam hati akak, akak tak pasti. Sekarang akak mahukan cuma ketenangan. Akak tak mahu cinta wujud di dalam hati akak buat masa sekarang. Akak dah puas bertemankan air mata dan kini akak mahu bebas daripada belenggu cinta.” Jelasku, panjang lebar.
“Akak yakin akak boleh kotakan janji akak itu? Bolehkah akak janji dengan diri akak yang akak tidak akan jatuh cita lagi?” Duga Aleeya.
Aku terdiam lantas mengeluh. “Akak janji.” Aku terlihat Aleeya bagaikan tersenyum puas. Entah apa yang bermain di fikirannya itu. Aku teringat dengan pesanan Puan Amir yang memintaku untuk hadir keesokkan hari. Apa yang aku nak jawab ini? Kalau tak silap kendurinya selepas zuhur. Mahukah aku datang? Argh pening.
“Akak, boleh saya tanya lagi?”
Aku memandang Aleeya. “Ya, Cik Aleeya. Apa lagi?”
“Akak suka bunga apa?”
Dahiku berkerut. “Soalan jenis apa pula ini?” Bunga yangku suka? Semua bunga aku suka. Bunga kertas pun aku suka. Aku teringatkan hari lahirku yang ke-22. Amir menghadiahkanku sejambak bunga mawar merah. Romantik sangat. Dia membawaku dating ke fun fair. Rindunya aku pada masa itu.
“Jawab sahajalah, kak.”

Aku merehatkan mataku. Bunga apa, ek? Yang aku pasti bukanlah bunga mawar. Bunga mawar simbol cintaku pada Amir. Aku tidak mahu mana-mana lelaki menghadiahkan bunga tersebut padaku. Cuma Amir sahaja. Kemudian aku teringat wallpaper bunga tulip berwarna jingga kemerahan sebagai desktop background di laptopku. “Orange tulips.”
Aleeya terangguk-angguk. Dia menuju ke meja kerjanya semula. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya, barangkali.

Aku kembali menguruskan kerjaku semula. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Lagu ‘On Rainy Days’ daripada penyanyi kumpulan Korea, Beast kedengaran. Lagunya mendayu-dayu bagaikan meminta diangkat. Aku benar-benar enggan di ganggu ketika itu, malas untuk menjawab panggilan tersebut. Pada kali ketiga ia berdering barulah aku menjawabnya.
“Assalamua’laikum. Ini Khaira ke?”
Aku mengenali suara itu. “Mak Cik Sabariah?”
“Alhamdulillah, dapat juga mama telefon kamu. Kenapa lambat angkat?” Dia sering membahasakan dirinya sebagai mak ketika aku berkunjung ke rumahnya di Teluk Ramunia bersama arwah Amir dahulu.
“Maafkan Ira, mak cik. Ira ke tandas tadi. Ira tak tahu mak cik telefon.” Bohongku. Hatiku berbolak-balik apabila mendengar suara wanita yang sebaya dengan ibuku itu. Kepalaku bagaikan di hempap dengan sebuah batu besar.
“Mama telefon ni sebab nak ingatkan kamu tentang kenduri esok. Kamu mesti datangkan, Ira?”
Lidahku menjadi kelu. Apa yang bolehku katakan lagi. Takkanlah aku mahu menolak pelawaan wanita yang sudah menganggapku sebagai anaknya sendiri. “InsyALLAH, Ira akan hadir, mak cik. Tetapi mungkin lewat sikit.”
“Lewat? Ira mintalah cuti kerja.”
“Ira sudah berhenti daripada kerja lama, mak cik.” Kataku. Sekali lagi menipu wanita itu. Aku dibuang kerja bukannya berhenti. Aku tak sampai hati untuk berkata demikian. Kami berdua masih sensitif walaupun arwah sudah meninggalkan kami setahun yang lalu. “Sekarang ini, Ira bekerja di tempat baru. Jadi tak Ira tak mahu minta cuti terlalu awal.”
“Kenapa Ira tak maklumkan kepada mama? Tempat kerja anak buah mama perlukan pekerja. Mama boleh recommendkan Ira pada dia.” Ujar wanita itu dengan ramah sekali.
“Eh, tak perlulah mak cik. Ira okey dengan kerja Ira sekarang.”
Wanita itu terdiam seketika. Kecil hatikah dia? Maafkan saya mak cik. Saya sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk saya menolak pelawaan mak cik itu. “Ira, maafkan mama.” Seraya wanita itu menangis teresak-esak. “Mama rindukan Amir. Mama tak percaya Amir sudah tiada lagi. Hanya dengan kehadiran kamu mama boleh rasakan kehadiran Amir. Mama tahu setiap kali Amir berada bersama kamu, dia bahagia. Mama juga mahu rasai itu, Ira. Tolonglah hadir esok Ira walaupun mama tahu Ira enggan untuk hadir. Mama rindukan Ira.”
Hatiku diragut rasa simpati. Wanita ini masih sukar untuk melepaskan arwah Amir sedangkan aku semakin jauh daripadanya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku lari jauh daripada keluarga tersebut. Aku mahu lupakan Amir. Aku mahu pergi jauh.
WALAU MANA JAUHKU PERGI, di situ juga aku ada. Kakiku sudah letih berlari. Cukuplah sampai di sini. Aku akan jelaskan segalanya kepada Mak Cik Sabariah. Aku tidak mahu kembali di rumahnya ini. Ya, rumah ini. Rumah yang dijanjikan oleh wanita itu sebagai teratak kediamanku setelahku bernikah dengan arwah Amir. Mungkin dahulu rumah ini di penuhi memori manisku bersama arwah tetapi kini rumah ini hanya membawa derita kepadaku.

Setapakku melangkah ke rumah tersebut, deretan peristiwa pahit dan manis bermain di fikiranku. Aku meruap wajahku sambil beristighfar. Aku teringatkan keadaanku ketika jasad arwah Amir yang kujur terbaring di bacakan surah-surah al-Quran. Betapa bodohnya aku ketika itu. Jari-jemariku menggeletar. Beginikah akhirnya, Amir?

“Kak Kira?” panggil satu suara yangku kenali.
Anak mataku tertumpu pada suara tersebut. Aima Shauqina, adik perempuan Amir mendekatiku. Matanya bercahaya, bakal menitiskan air mata bila-bila masa sahaja lagi. Dia segara memelukku. Pelukkannya kemas mendakapku. Aku mengusap belakang badankan sambil menemani tangisannya yang pilu.
“It is you.” Kata dengan sedu-sedan. “Kenapa kakak jauhkan diri daripada kami? Kakak bencikan Emma?” Itulah gelaran manjanya. Emma, kakak tak bencikan kamu. Kakak cuma tak mahu kamu lihat keadaan kakak ketika itu. Kakak terlalu terluka dengan kepemergian arwah.
Aku meleraikan pelukan kami. “ Mana mak cik, Emma?”
Emma menarik tanganku lalu diheretnya ke dapur. “Mama! Kak Kira dah sampai.” Suaranya berubah ceria. Serta-merta bibirku tersenyum. “Mama sangat rindukan kakak, tau. Dia tak habis-habis bercerita tentang kakak pada saudara mara kami semalam.”
Aku tersengih kecil. Namun hati aku digigit perasaan sedih yang teramat. Kalaulah Amir masih ada..
“Ira!” Wanita itu bergegas mendapatkanku lantas dipeluknya erat-erat. Orang ramai yang melihat kami berpelukan melihat dengan pelik. Mungkin di fikiran mereka bermain pelbagai andaian tentang identitiku. Tidak ramai orang yang mengenaliku kerana dahulu, ketikaku bertunang dengan Amir aku menyimpan rambut pendek dan tidak bertudung. Kini aku sudah bertudung dan berstail baharu. Mana mungkin mereka mengenaliku.
Wanita itu melepaskan dakapannya. “Bila kamu sampai, Ira?”
“Baru sahaja. Sudah lama kenduri mula?” tanyaku. Mengikut perancangan, kenduri tahlil akan bermula selepas zuhur tetapi sekarang sudah hampir waktu asar. Bukan aku sengaja lambat tetapi di dalam perjalanan ada pula kemalangan yang berlaku. Hal ini sekali gus mengembalikan kenanganku tentang Amir. Kerap kali terdengar berita kemalangan jalan raya di corong-corong radio dan di dada-dada akhbar, namun statistik kemalangan tetap meningkat. Manusia memang tidak akan berhati-hati sehingalah mereka mengalaminya sendiri. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Itu pun kalau ada kemalangan jiwa.
“Mari mama memperkenalkan kamu pada ahli keluarga mama.” Wanita itu tersenyum gembira. Barangkali puas hati dengan kehadiranku. Aku terharu dengan layanan yang diberikan oleh wanita itu. Walaupun kami tiada apa-apa ikatan, dia masih menganggapku seperti anak sendiri.
Aku di bawa ke ruang tamu dan diperkenalkan ke satu persatu ahli kerabat keluarga arwah Amir. Daripada ahli keluarga yang terdekat sehingga ke bau-bau bacang keluarga itu.
“Ira, ini kakak mama, Sharifah Ruqiah. Dia ini satu-satunya kakak mama. Kakak mama ini berkahwin dengan pemilik sebuah syarikat korporat yang bertapak di Dubai. Dia baru sahaja balik dari sana.”

Aku bersalaman dengan wanita elegan itu. Dari segi pemakaiannya sahajaku pasti dia bukan datang daripada keluarga biasa-biasa sepertiku.

“Siapa gadis ini, Sabariah?” Soalnya sambil menatap mataku.
“Inilah gadis yang sepatutnya kahwin dengan arwah Amir dahulu.”
Sharifah Ruqiah memandangku dengan berlainan sekali. “Jadi inilah menantu tak jadi kau.” Hatiku bagai dihiris halus-halus. Aku sedikit tersentak dengan cara percakapannya. Tanggapan pertamaku terhadap wanita itu meleset. Kenapa dia berkata begitu? Keji sangatkah aku di pandangannya. Bukannya aku yang terlepas berkahwin dengan anak kau. Aku melepaskan amarahku. Aku segera menariknya semula. Tidak patut pula aku berkata begitu padanya.

“Rayyan mana, kak?” Soal Mak Cik Sabariah tiba-tiba.
“Mungkin kejap lagi baru dia sampai. Maklumlah dia baru balik dari overseas. Mungkin masih keletihan. Sabrina mana? Lama kakak tak jumpa dia sejak dia bersalin. Rindu pula.”
Kehadiranku tidak di ambil peduli. Aku merasakan seperti mengecut dan bakal menghilang bila-bila masa sahaja lagi. Lantas aku meminta diri untuk ke bilik air. Aku tidak betah berada lama-lama di situ. Tiba di bilik air aku mengunci pintu. Lama aku berada di dalamnya sehingga Emma memanggilku keluar. Berat benar kakiku untuk melangkah keluar, sama berat dengan hatiku yang semakin tidak selesa. Aku ingin keluar daripada rumah itu.
Aku membuka pintu dan bertekad untuk pergi daripada rumah itu. Apa gunanya aku berada di situ? Aku bukan siapa-siapa lagi kepada keluarga itu. Aku hanya menantu tidak jadi pada keluarga itu. Tiba di pintu pagar, aku terlanggar seseorang lalu hilang pertimbanganku dan hampir tersungkur menyembah tanah. Mujurlah dia sempat menarik tanganku.
“I’m sorry.” Ujarnya setelah aku dapat berdiri dengan betul.
Aku mendongak lantas terkedu. Apa lelaki ini buat di sini? Aku juga terlihat ekspresi terkejut di wajahnya di ikuti dengan wajah yang tenang. “What are you doing here? Tailing me?” Tuduhku secara tiba-tiba. Aku memutuskan pegangannya.
Lelaki itu tersengih. “Tak ada maknanya saya mahu ekori awak, Cik Khaira.” Lelaki itu meletakkan tangannya ke dalam poket. Wajahnya yang putih kemerahan itu menahan bahang mentari. “Awak dengan keluarga ini ada apa-apa pertaliankah?”
Aku menoleh melihat banglo dua tingkat tinggalan arwah itu. Aku kembali memandang wajah Yusuf lantas menggeleng. “Maafkan saya tetapi saya mahu pulang sekarang.” Nada suaraku mengendur. Semangatku telah ditarik oleh bangunan itu.
“Kak Kira!”
Sekali lagi semangatku disentap kuat. Kenapalah sukar benar untukku beredar? Kenapa ada sahaja yang menarikku untuk berada lebih dekat dengan keluarga itu. Sesungguhnya aku sudah tidak mahu memiliki apa-apa pun pertalian dengan mereka.
“Kakak nak pergi mana?” Suara Emma bagaikan merayu meminta penjelasan.
Aku tidak sanggup untuk menatapnya. “Kakak nak balik, Emma. Emma beritahu mak cik yang kakak balik dahulu. Assalamua’laikum.” Pantas aku mengatur langkah dan beredar daripada situ. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku bencikan keluarga itu!
KEESOKKAN HARINYA aku mengalami sakit kepala yang amat sangat. Ubat migrain sudahku telan tiga kali. Kerana takut terlebih dos, aku berhenti makan ubat tersebut. Nurin sudah bertolak ke Jakarta pagi semalam. Dia pergi dalam senyap. Balik sahaja aku daripada Shah Alam semalam, dia sudah tiada di rumah. Dia hanya meninggalkan sehelai nota pendek tentang di mana dia pergi dan berapa lama dia berada di sana. Itu sahaja. Kenapa dia bersikap begitu, aku pin tak tahu. Macam orang putus cinta pergi lari membawa diri sahaja. Entah-entah betul telahanku ini. Ah, malas nak fikir! Pada hari itu aku mengambil cuti sakit walaupun ia benar-benar bertentangan dengan prinsipku.
Aku berjalan menuju ke dapur dengan kepala yang masih berdenyut-denyut. Aku membuka peti sejuk. Laparnya. Selalunya di rumah, Nurinlah yang sering mengambil tugas memasak sedangkan aku lebih suka mengemas rumah. Bukannya aku tidak reti masak tetapi aku memang tak suka kalau masakanku dikomen dan dinilai. Lainlah Nurin yang sememangnya jaguh memasak ketika di zaman persekolahan dahulu.
Rasa sejuk menyerap sehingga ke tulang. Aku beredar daripada dapur dan duduk menghadap televisyen. Aduh, peningnya kepala. Segera aku menutup televisyen tersebut. Cahaya dan bunyi yang keluar daripada peti televisyen itu menyakitkan aku. Argh,pening!
Aku ingin ke bilikku untuk mengambil ubat migrainku tetapi jatuh terjelepok di atas lantai marmar yang sejuk. Ya ALLAH! Kerana sudah tidak tahan dengan keperitan yang ditanggung, aku mulai menarik rambutku. Ya ALLAH! Sakitnya kepalaku!
TELEFON BIMBITKU BERDERING BUAT SEKALIAN KALINYA. Aku mengerang kesakitan. Bunyi nada dering itu menyakitkan telingaku. Aku perlahan-lahan dan bangkit untuk menjawabnya. Mungkin pemanggilnya ialah Nurin. Aku perlukan bantuan engkau, Rin.
“Nurin..” Panggilku dalam kesakitan.
“Khai, are you okay?” Satu suara asing muncul di pendengaranku. “Awak di mana sekarang?” Jelas suaranya meluahkan perasaan bimbang. Macam mana dia tahu nombor telefon aku ini?
“Saya ada di rumah.” Mataku semakin berat. Pandanganku semakin kelam. Ya ALLAH! “Tolong saya, Encik Yusuf.” Aku bersuara dengan lemah.
“Saya akan berada di sana. Awak siap dahulu. Wait for me..”
Aku melepaskan genggamanku pada telefon bimbitku itu. Kepalaku semakin berat. Tak pernah aku terkena serangan migrain yang sebegini. Aku rebah di atas katilku. Benarkah dia akan datang ke sini? Mataku tertutup rapat. Aku dapat merasakan seperti badanku melayang ringan. Amir.. Aku rindukan dia. Kenanganku bersamanya terlintas di mindaku.
“HAPPY BIRTHDAY,DEAR.” Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepadaku. “Semoga panjang umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, sayang.”
Hatiku berbunga ketika dia memanggilku begitu. “Mama Amir apa khabar?”
“Sihat alhamdulillah. Cuma sejak papa asyik keluar masuk hospital ini, pemakanan mama sedikit terganggu.” Wajahnya yang ceria tadi berubah serta-merta. Menyesal pula aku kerana membangkitkan perkara itu.
Aku mengusap tangannya. “Papa Amir akan okeylah. Janganlah risau sangat.” Aku menghadiahkan dia sebuah senyuman tulus dari hatiku. “Kita cerita tentang hal lainlah. Emma apa khabar? Rindunya Ira kat dia. Dia ambil jurusan apa sekarang?”
Amir mengangkat bahunya. “Entah. Amir tak minatlah cerita tentang keluarga Amir sekarang. Apa kata kita cerita tentang kita?”
Aku yakin mukaku pasti memerah waktu itu. Malunya. “Pasal kita? Ada apa dengan kita?”Aku berbuat bodoh. Takkanlah aku pula yang mahu memulakan kata. Aku tidak mahu digelar umpama perigi mencari timba pada kemudian hari.
Amir meletakkan sebuah kotak kecil dibaluti kain baldu. Aku tergamam lantas memandang tajam jejaka di hadapanku itu. Dia ini berguraukah? Betulkah andaianku ini? “Siapa punya ini?” Aku memberikan satu soalan yang bodoh.
Amir mendengus. “Siapa punya lagi? Ini untuk Iralah. Ira ini faham tidak apa yang Amir cuba sampaikan ini?” Mungkin dia bengang dengan sikapku yang kebuntuan melihat kotak tersebut. Amir membuka kotak baldu biru gelap itu. “Emma yang tolong pilihkan cincin ini. Kan citarasa Emma dengan Ira sama. Ira suka tak?”
Aku mengangguk kecil. Sebentuk cincin bertatahkan emas putih disarungkan Amir ke jari manisku. Aku terkedu. Biar betul Amir ini?
Amir memandangku dengan penuh makna. “Amir sudah lama fikirkan perkara ini masak-masak. Amir percaya yang Amir melakukan perkara yang betul. Amir cintakan Ira dan Amir betul-betul tidak boleh hidup tanpa Ira. Amir mahu Ira sentiasa di sisi Amir sehingga Amir sudah tiada lagi di dunia ini. Amir janji yang Amir akan menjaga Ira sampai hujung nyawa Amir. Itu hanya jikalau Ira sanggup memperjudikan nasib Ira untuk bersama dengan Amir.” Dia masih menatap wajahku. “Amir tak paksa Ira untuk menerima Amir. Amir cuma mahu menghabiskan sisa hidup Amir bersama Ira.” Dia mengenggam erat tanganku.
Kata-katanya meruntun hatiku. Aduhai, Amir. Aku mengalihkan wajahku daripadanya. Aku pantas menarik tanganku daripada genggamannya. Kenapa dia ini? Kitakan muda lagi. Aku tak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Belum masanya lagi. Namun aku berfikir dua kali. Bukan mudah untuk aku mencari sebaik Amir lagi. Mungkin Amirlah jodoh yang ditentukan ALLAH untukku. Aku memalingkan kepalaku kepadanya semula tetapi reaksinya sudah berlainan.
Dia menundukkan kepalanya seraya menarik kotak baldu tersebut. Wajahnya kelihatan serius dan sedikit kecewa. Aik, aku langsung tak kata apa-apa pun. Aku menarik semula kotak kecil tersebut daripadanya lantas mengeluarkan cincin emas tersebut daripada tanganku lalu kuselitkan semula ke dalam kotak itu.
“No, Ira. Amir mahu Ira terima cincin itu.” Suaranya mendayu. “Walaupun-“
“Kita orang Melayu, Amir. Kalau Amir benar-benar mahu mengahwini Ira, kita ikut adat. Hantar rombongan merisik dahulu.” Kataku dalam rasa malu yang amat.
Mata Amir terbeliak. “Ira berguraukah ni?”
Aku tersenyum. Biarlah ini menjadi permulaan bagi hari-hari bahagia milik kita yang akan mendatang, fikirku.
PINTU RUMAHKU DIKETUK KUAT. Aku terjaga daripada tidurku. Aku menarik sehelai tuala lalu kulitupi rambutku. Aurat seorang wanita itu bernilai dan harus tidak dipampangkan, bak kata ustazah di sekolah menengahku, Ustazah Radziah. Aku menuju ke arah pintu rumahku dengan terhuyung-hayang. Aku membuka kecil pintuku, hanya cukup untuk melihat wajah seorang lelaki yang menunggu di hadapannya.
“Are you okay?” Dia merenung wajahku. “Oh my god, you’re sweating badly. I’ve told you to get ready, didn’t I?” Dia ingin memegang dahiku namun aku menepisnya dengan pantas.
“Tunggu sini sekejap.” Aku menutup pintu dan mencari sehelai tudung untukku pakai. Selepasku selesai menyarungkan tudung aku bergerak ke pintu. Sebelumku sempat memusingkan tombol pintu, sakit kepalaku menyerang lagi. “Yusuf..” Aku jatuh terjelepok di atas lantai sekali lagi. Pandanganku semakin gelap.

Pintu rumah itu terbuka luas. “Khaira! MasyALLAH.”

AKU DIMAKLUMKAN AKU TERLANTAR DI HOSPITAL selama sehari sebelumku tersedar. Semasaku tersedar, jam menunjukkan hampir pukul dua pagi. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku tergamam apabila menyedari seorang lelaki sedang tidur di atas kerusi bersebelahanku. Apa dia buat di sini lagi? Tak sanggup pula untukku mengejutkannya. Sudah berapa lama agaknya dia berada di sini?

Aku cuba untuk mengubah cara pembaringanku. Sudah lenguh sendi-sendi ini. Katil itu mula berkeriuk. Serentak itu, Yusuf terjaga. Dia membuka matanya. Matanya terarah padaku di dalam kegelapan. Hanya cahaya bulan menembusi masuk kamar tersebut. Aku merenungnya.
“Are you awake, Khaira?” Lembut sahaja suaranya itu. Aku tidak pernah mendengar dia menggunakan nada tersebut. Dia mendekatiku. Hatiku berdegup kencang.
“Berapa lama awak berada di sini?” Aku cuba untuk bangkit. Aku berasa tidak selesa berdepan dengannya ketikaku sedang berbaring. Dengan lembut dia menolak bahuku.
“You should take a rest.” Dia mengambil tempat di sebelahku. “How are you feeling now?” Dia merenungku dengan mata perangnya itu.
“Saya sudah okey sekarang. Encik baliklah, ya?”
Yusuf memeluk tubuhnya, mungkin sebagai tanda tidak puas hati. “I won’t budge.” Pandangan matanya masih di tumpukan kepadaku. “Khaira benar-benar yakin Khaira okey sekarang? No more headache?”
Aku mengangguk bersungguh-sungguh. “Encik Yusuf, terima kasih sebab tolong saya. Saya berhutang budi dengan encik. Saya tak tahu macam mana nak balas budi encik.” Kataku dengan ikhlas.
Yusuf mengeluh. “Walaupun sakit, awak masih tetap mahu panggil saya encik. Kalau awak benar-benar ikhlas nak balas budi saya. Call me Yusuf please.” Katanya, serius.
Perasaanku berbelah bahagi. “Panggil encik, Yusuf. Kenapa?” Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
“We’re out of office time now. Saya tak mahu awak label saya encik di mana-mana tempat kecuali tempat kerja kita. Could you understands me, Khaira?”
Aku menganguk kecil.
“Awak tinggal seorang dirikah?” Yusuf memulakan perbualan. Tidak mengantukkah dia?
“Saya tinggal dengan kawan saya tetapi dia pergi business trip ke Jakarta untuk dua minggu. Jadi buat sementara ini saya tinggal seoranglah.” Aku memandangnya yang tidak putus-putus menatap wajahku. Ada apa dengan mukaku ini?

Yusuf tersenyum. “I’m so relief you’re awake now.” Luahnya, barangkali disimpannya sejak tadi. “Seharian Suf pandang wajah tak bermaya Khaira. I’m very concerned about you.” Apabila dia menggelarkan dirinya begitu, aku seperti terkena kejutan elektrik. Suf? Sejak bila kita jadi rapat ni? Yusuf tersengih sendirian. “You don’t remember me, I guess.”

“Apa maksud en- I mean Yusuf? What do you mean?”
“Lupakan sahaja. Suf tahu satu hari nanti Khaira akan ingati Suf.” Dia tersenyum dengan penuh makna. Ada apa di sebalik senyumannya itu? “Khaira rehatlah semula.” Katanya dengan nada yang rendah. Suara itu bagaikan menemani tidurku. Tidur balik? Habis nak buat apa lagi? Ini bukannya spa.

BERSAMBUNG..


Nukilan:
Lily Mazara
Cerpen: Takdir Kita

40 Komen:

sya berkata...

jln cerita sgt menarik..tp plot terabur skit..itu pandangan saya lah.. :)

Tanpa Nama berkata...

best....menarik....

Tanpa Nama berkata...

besttt....tak sabar nak baca sambungan...;-)

cinta itu indah berkata...

bila smbungan dia akn kuar?

cix bulann berkata...

alaaa,,ane smbungan ye. ??
huhhh

Tanpa Nama berkata...

alaa..tgh syok baca tiba2 bersambung, adoiii..

mmm..plot cerita agak messy skit, yg lain2 xnampak sgt,kalu leh sambungan nya cpt skit yer..

Tanpa Nama berkata...

bile smbngn die???

Tanpa Nama berkata...

best nye..x sabar nak baca smbhgn nya..bla ada smbngn nya nie..?

Tanpa Nama berkata...

alaa, bila smbngan?? ^_^

Tanpa Nama berkata...

tgh seronok2 bace tiba2 bersambung...bile nak sambung nie..????

Tanpa Nama berkata...

alamak.....sambungan la pulak....bile sambungannye....tak sabar la......best jln ceritenye....:-)

Tanpa Nama berkata...

aduyaiiii,, tgah layan tgok2 bsmbung sdh, bla smbgannya ni,, xsbaq dah ni..

Huda Sharuddin berkata...

bila sambungannya nak kuar ni...tgh best layan, sekali bersambung da...

Tanpa Nama berkata...

best sangat.....baru nk layan sampai ending tp dah bersambung plak.....papepown mmg sangat2 menarik....

Tanpa Nama berkata...

Me@PG::adoyai....br layan ni...brsmbung pula......

Tanpa Nama berkata...

bila nk ada sambungannya ni?

Tanpa Nama berkata...

best,sdih smpai nngis..ble nk adew smbungn nye

Tanpa Nama berkata...

lor...ngah syiok2 bc...sambung plak..mak enon tul ar...pat2 ckit smbg tue....

Intan Mastura Kamaruzaman berkata...

interesting story...smpai mnusuk kalbu...harap cepat la sambungan nye keluar... =) x sabar nak bace lg..

Tanpa Nama berkata...

BEST SGT.TAPI BILE SAMBUNGAN NYE NAK KUAR..

Tanpa Nama berkata...

aler ada sambungan pulak...bila nk kuar sambungannya.... x sabar nk tau ni =)

Tanpa Nama berkata...

ermmmm sedehnyer.......ak betol2 feeling bace cerpen nie......nak nangis pown ader...bile nak sambongny??? cepat la sikit ak excited da nie nak taw kesudahanya............

Tanpa Nama berkata...

bile smbngnny...xsbr da ni nk bca..

Tanpa Nama berkata...

bgaimana biza q mraskan sakit ktika kau prgiii.. pdahal q tak prnah mngakui cinta itu... sakit , aku ingin berlari mgejarmu namun kau tak mghiraukan perasaan itu,, sakit ketika harus khilangan cinta itu....

Tanpa Nama berkata...

Jalan ceritanya mudah dan baik. Good job and please continue assap. TQ

Tanpa Nama berkata...

alah...knape cter nie t'gantung...pnat saye bce,igtkn bleh hbiskan trus...anyway,congrats!!good job!!!and jangan lupe tuk sambung cter yg menarik nie k...

Tanpa Nama berkata...

nanti post komen kat sini ye ble sambungannya dah kluar...saye xsabar nk tunggu sambungannya...:)

Tanpa Nama berkata...

bestnyer citer ni.....xsabar la nk tgu smbungan citer ni...

Tanpa Nama berkata...

SEMPOOIII..................

Tanpa Nama berkata...

best deh!!! cpt2 la wt sambungan cite ni ye. can't wait!
big congrates!

Tanpa Nama berkata...

why take time too long for continue this story...

Tanpa Nama berkata...

erm...menarik jgak..sedih mule 2 je..,2 yg best....

Tanpa Nama berkata...

apahal sume citer yg aku baca xda sambungan????buat la sambungan..

Tanpa Nama berkata...

penasaran sama sambungannya...

Tanpa Nama berkata...

ala benci la sambung2 ni.....geram tau

Tanpa Nama berkata...

best..,
tpi.,mna smbngannya.,x sbrlha nak bace smbngannya..

Tanpa Nama berkata...

mne smbunganye????ni la cite melayu....

Tanpa Nama berkata...

alaaaa . bersambung pulak . geram lah . tapi cerita ni menarik . mane sambg dia eh ? nak tahu laaaa

Salmah Arjima berkata...

yelaaa.. x sbar nk bca smbungannya😊

Salmah Arjima berkata...

yelaaa.. x sbar nk bca smbungannya😊

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.