Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2011


Share on Tumblr

Pada kesempatan ini marilah kita memanjat kesyukuran kerana kita bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Moga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Sekali lagi, selamat menjalani ibadah puasa.

~ Haniey


Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2011

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.